Apakah VPS Itu?

vpsApakah VPS itu? Mungkin ini merupakan perkara asing bagi anda yang baru berkecimpung dalam dunia alam maya. VPS merupakan server maya yang dapat kita gunakan sebagai web server ataupun lainnya. VPS merupakan singkatan dari Virtual Private Server. VPS merupakan teknologi yang membolehkan sebuah komputer dengan kapasiti resource perkakasan yang sangat besar atau pelayan dapat dibagi-bagi menjadi beberapa virtual komputer. Virtual komputer inilah yang disebut sebagai VPS. Seperti namanya Virtual komputer, kita dapat menggunakannya namun kita tidak dapat melihat bentuk fizikalnya. Oleh kerana itu, bila kita bekerja dengan VPS kita boleh katakan, kita bekerja dengan komputer di dalam komputer.

Memandangkan VPS ini seperti komputer yang mempunyai resource sendiri, maka kita sebagai user dapat melakukan apapun dengan VPS. Kita boleh memasang program atau aplikasi, ataupun membuat tetapan VPS sesuai dengan keperluan kita. Di samping itu, kita juga tidak akan terganggu jika ada VPS lain dalam server yang sama dengan kita mengalami ‘down’. Hal ini lah yang menjadikan VPS sebagai alternatif perkhidmatan yang boleh digunakan selain shared hosting dan dedicated server. Namun yang perlu kita perhatikan, walaupun kita dapat menginstall aplikasi sesuai dengan keinginan kita, VPS tetap mempunyai had-had tertentu seperti sais RAM, Hard disk, dan lain-lain.

Untuk memperjelas kita tentang apa ituVPS, berikut adalah perbandingan perkhidmatan VPS dengan perkhidmatan lain.

Dari segi harga, perkhidmatan VPS boleh kita perolehi dalam kos yang tidak terlalu mahal berbanding dengan menggunakan perkhidmatan dedicated server. Tetapi apabila kita memerlukan resource VPS yang lebih tinggi maka kos akan meningkat namun tidak terlalu besar. Dari segi backup data, kita boleh melakukan backup data secara berkala tanpa perlu menghubungi team support pembekal perkhidmatan. Dari segi resource, kita boleh mempunyai resource yang cukup untuk menunjang keperluan kita dalam dunia alam maya, dalam erti kata lain, kita tidak berkongsi resource dengan user lain. Dari segi fungsi, prestasi VPS hampir sama dengan dedicated server, sehingga ada yang mengatakan teknologi VPS merupakan perantara antara perkhidmatan shared hosting dan dedicated server.

Pihak kami menyediakan perkhidmatan VPS bagi memenuhi keperluan anda seperti:
Tapak sesawang (web hosting)
Menjalankan perisian IRC (IRC Server/Services, BNC, psyBNC, ZNC, Eggdrop, Shoutcast)

Layari :
https://www.spiderchat.org/vps-package/
https://www.spiderchat.org/vps-special-august-2013/

Share Button

Leave a Reply